Sudah tentu bagi mereka yang kekurang masa atau malas hendak memperdalami lebih jauh lagi tentang isu ini, mereka akan menerima sahaja semua teori ini dalam satu shot pembacaan sahaja. Lebih ironis lagi ia akan diterima sebagai satu kebenaran yang tak perlu dipertikaikan lagi.
Untunglah kalau ia mendorong mereka untuk memperbanyakkan ibadah sementara menunggu 'kiamat' yang mereka sangka bakal tiba dalam jangka hayat mereka. Mereka sudah tentu akan memperbanyakkan taubat , amal soleh dan berbuat apa sahaja yang boleh menebus kesalahan masa lalu. Dunia akan lebih selamat didiami dengan ramainya orang-orang yang hendak kembali di jalan Tuhan.
Namun tidak sedikit pula mereka yang sukar menerima kenyataan bahawa hidup mereka terlalu singkat untuk dinikmati. Tak kurang yang akan menyesali takdir Tuhan yang memberi mereka peluang terlalu sedikit untuk merasakan nikmat dunia. Maklumlah selama ini bila kita ingatkan mereka akan janji Tuhan di akhirat yang lebih kekal, mereka tak percaya. Jadi rasa sayang dunia pun bertambah-tambah. Apa lagi ? Sementara belum kiamat, lajaklah habis-habis. Jangan ada lagi keseronokan dunia yang tak dirasa. Lantaklah dosa ke ... yang penting lazat.
aya dapati penulisan kerenahdunia amagt mirip isi dan gambar-gambarnya dengan satu tulisan blogger Indonesia awan965.wordpress.com .
Dari carian ke beberapa laman lain seperti www.squidoo.com/nibiru, www.maya12-21-2012.com, www.apollonius.net dan lain-lainnya, saya dapati pendapat awal tentang kewujudan Planet Nibiru ini sangat kuat berakar dengan kepercayaan suku Maya di Amerika Selatan. Sumber lain yang menjadi rujukan adalah catatan sejarah bangsa Sumeria. Tidak sedikit juga mereka yang menganggap teori sebagai andaian yang kecil kemungkinan akan menjadi satu kenyataan. Buat sahaja carian dengan keyword 'hoax' & 'nibiru' pada mana-mana search engine, anda akan jumpa berlambak-lambak bidasan demi bidasan menidakkan kemungkin hari Kiamat berasaskan fenomena Nibiru. Memang sejak 2003 lagi sudah ditemukan kewujudan Planet X ini, tapi ramai juga yang menafikan Planet Nibiru adalah planet X yang dimaksudkan.
Apa-apa pun sebagai muslim, dalam hal berkaitan Kiamat ni, kita tak dapat lepas daripada merujuk kepada pemberitaan (naba') dari Allah melalui Kitab-Nya dan lisan Rasul-Nya s.a.w. Sabahagiannya telah dipetik oleh penulis blog kerenahdunia.blogspot.com. Pada dasarnya bila Kiamat akan berlaku, Rasulullah s.a.w. pun tidak mengetahuinya ( Surah an-Nazi'at). Namun jika kita tidak dibiarkan teraba-raba kosong melainkan diberi clue kepada kita untuk mengetahui tanda-tanda yang kita patus waspadai menjelang kedatang Kiamat itu. Tanda-tanda tu sudah lama ada. Tinggal nak menunggu tanda-tanda besar sahaja lagi.
Tapi kiamat terdekat yang pasti berlaku pada kita adalah kiamat kecil iaitu kematian yang pasti akan datang kepada kita. Jadi , lama atau dekatnya Kiamat besar ni berlaku, sepatutnya tidak mengurangkan persediaan kita untuk menghadapi kiamat kecil yang bila-bila masa sahaja akan tiba.
Maka berbuatlah untuk dunia seolah-oleh kita akan hidup selama-lamanya dan jangan lupa berbuat untuk akhirat seolah akan mati esok hari.
PETIKAN ARTIKEL TENTANG NIBIRU
07 June 2008
NIBIRU: ANCAMAN DARI ANGKASA LEPAS?
Allah SWT telah menciptakan banyak bintang di alam semesta dalam kuantiti yang tidak terbilang selagi dikehendakiNya. Dari pandangan sains astronomi, gugusan bintang ini diberi nama galaksi nama 'galaksi'. Terdapat banyak galaksi yang hanya ALLAH saja yang tahu jumlah sebenarnya. Salah satu daripadanya adalah galaksi di mana bumi kita berada di dalamnya yang diberi nama 'bima sakti'.Dengan kuasa ALLAH diciptakanNya pula objek langit dan planet berputar mengelilingi matahari mengikut orbit yang tersusun. Kumpulan planet yang bergerak mengelilingi matahari, diberi nama pula Sistem Suria (Solar System). Begitu pula dengan galaksi lain yang memiliki pusatnya sendiri. Putaran planet terhadap pusat galaksi secara tersusun ini kemudian diistilahkan sebagai 'orbit'.Pakar-pakar astronomi menyatakan kini sudah banyak planet yang berputar secara berbalik arah, jika di planet bumi kita ini matahari masih terbit dari arah timur, maka beberapa tahun ini terdapat fenomena baru yang di dalam pemantauan ahli astronomi ini planet lain sudah mulai berbalik arah dan matahari terbit dari arah barat. Dari sisi ilmiah, inilah pertanda akhir zaman mendekati kiamat, sebagaimana petunjuk dari Nabi junjungan kita, Muhammad SAW. Dalam kekalutan memantau berterusan pergerakan planet-planet yang telah berlawan arah ini, mereka menemui satu planet baru yang di beri nama Planet Nibiru (ada yang panggil Planet X.
Gambar Atas: Orbit Nibiru (garisan merah) yang berbeza dengan planet lain
Nibiru ini ditarik oleh daya graviti matahari yang besar dalam sistem suria kita, sehingga kemudian ia masuk ke dalam orbit planet-planet dalam keadaan berlawanan arah, dan suatu masa nanti Nibiru akan bertembung dengan bumi. Para sainstis meramalkan 50 tahun lagi Nibiru ini akan memasuki orbit sistem suria kita, sejak ia ditemui pada tahun 2003. Dengan kata lain, kehancuran bumi bakal terjadi pada tahun 2053? Ada laman web yang menyatakan pertembungan ini berlaku pada 2012. Dari segi sains, pembolehubah-pembolehubah yang terlibat adalah dinamik dan boleh berubah ubah. Atau adakah ini adalah kiamat yang disebut dalam Al-Quran? ALLAH Maha Berkuasa atas segala-galanya.
Lintasan Planet Nibiru ke dalam sistem suria dikatakan bakal memberikan impak yang dahsyat di bumi. Gempa-gempa bumi terkuat dalam sejarah manusia moden akan terjadi ketika ini. Setelah bumi bergerak sejajar dengan medan magnet Nibiru, gempa bumi berskala lebih 9 skala Richter akan berlaku dan akan dirasai banyak tempat di dunia. Ketulan ais di kutub akan terbelah dan mencair, meningkatkan aras air laut sehingga menenggelamkan banyak tempat di dunia. Gelombang tsunami raksasa juga dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.
Gangguan elektromagnetik yang berlaku di planet-planet lain dalam sistem suria ketika ini juga dipercayai disebabkan oleh graviti Nibiru. Perubahan cuaca yang agak ekstrem ini juga dipercayai berpunca daripada ketidakstabilan gelombang elektromagnetik bumi akibat pengaruh Nibiru. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia yang masih mentah dalam astronomi tidak mengetahui dan tidak didedahkan dengan pengetahuan tersebut. Walaupun, kita sudah ada angkasawan, namun, kita masih terlalu muda untuk melibatkan diri dalam sains angkasa lepas. Kita hanya disuapkan dengan fenomena pemanasan global dan perubahan cuaca dunia yang disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri. Walhal, pengaruh luar bumi juga turut menyumbang kepada fenomena ini.
Kestabilan medan magnet bumi yang dipengaruhi oleh matahari akan terganggu oleh lintasan Nibiru. Pergerakannya memasuki sistem suria menyebabkan suhu teras bumi meningkat secara mendadak akibat adanya pertambahan gerakan berputar di dalamnya. Ketika teras bumi cuba mencapai keseimbangan bagi perubahan mendadak dalam sistem suria, keadaan ini akan menghasilkan kesan sampingan yang teruk antaranya perubahan cuaca yang tidak stabil dan meningkatnya aktiviti gunung berapi seperti yang berlaku sekarang.
Peningkatan suhu teras bumi mengakibatkan peningkatan berkala pada aktiviti seismik dan gunung berapi. Gempa bumi pun sering terjadi. Daerah pegunungan diancam bahaya lahar. Kepanasan dari teras bumi bumi diserap oleh mantel dan akhirnya kerak bumi mengakibatkan peningkatan suhu dasar laut. Air laut yang semakin panas akan merubah pola arusnya, taburan hujan berubah dan pola-pola meteorologi terganggu.
Adakah keadaan ini membawa kepada kejadian kiamat? Allah SWT telah berfirman banyak kali dalam Al Quran yang menjelaskan betapa dahsyatnya kiamat. Seperti di dala Surah Al-Waqiah ayat 1 hingga 6 yang bermaksud:
Apabila terjadi hari kiamat, tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya. (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain), apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya, maka jadilah ia debu yang berterbangan
Jika benar pertembungan ini yang memulakan kiamat, maka itu ALLAH SWT jualah yang menghendakinya.
Dan jika makluman ahli sains angkasa itu salah, maka hendaklah kita jadikan renungan dan iktibar. Marilah kita muhasabah diri kita. Kita diminta oleh Rasullullah SAW untuk membaca, memelihara dan menyebarkan Al Quran. Perkara kiamat adalah ketentuan Allah yang mutlak dan pasti akan berlaku. Yang penting bagi kita adalah bersedia untuk menghadap ALLAH. Adakah kita telah bersedia?
1 comment:
berlaku perang dunia ketiga pada tangal tersebut sebab yahudi mahu
jadi ulama di indonesia, malaysia & timur tengah agar semua jadi kufar
akhirnya sebab selama ini rancangan mereka tidak berjaya sepenuhnya…
http://warisan-marzuki.blogspot.com/2009/07/blog-post.html
Post a Comment