*AMARAN!!! Pihak JAIPk tidak
bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari kandungan khutbah
yang dikeluarkan.
MENUNTUT HAJI
MABRUR ITU JIHAD.
(01 Zulhijjah 1432 / 28 Oktober 2011)
اَلْحَمْدُ
للهِ الَّذِيْ اَكْمَلَ لِهَذِهِ اْلأُمَّةِ شَرَائِعَ اْلإِسْلاَمِ وَفَرَّضَ عَلَ
الْمُسْتَطِيْعِ مِنْهُمْ حَجَّ بَيْتِهِ الْحَرَامِ وَرَتَّبَ عَلَيْهِ جَزِيْلَ
الْفَضْلِ وَاْلاِنْعَامِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ وَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ
خَرَجَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ نَقِياًّ مِنَ الذُّنُوْبِ وَاْلآثاَمِ وَذَلِكَ
هُوَ الْحَجُّ الْمَبْرُوْرُ وَالْحَجُّ الْمَبْرُوْرُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ اِلاَّ
الْفَوْزُ بِالْجَنَّةِ دَارِالسَّلاَمِ اَحْمَدُهُ
وَاَشْكُرُهُ وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ اِلاَّ هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوْسُ السَّلاَمُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَفْضَلُ مَنْ صَلَّي وَزَكَّى وَحَجَّ وَصَامَ.
اَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ الْبَرَرَةِ الْكِرَامِ وَعَلَى التَّابِعِيْنَ لَهُمْ بِاِحْسَانٍ مَا
تَعَاقَبَتِ اللَّياَلِيَ وَالأَياَّمِ وَسَلِّمَ تَسْلِيْماً. اَماَّ بَعْدُ فَيا
أَيُّهَا النَّاسُ اِتَّقُوْا
الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Wahai hamba-hamba
Allah sekelian,
Di hari
Jumaat yang penuh dengan
kemuliaan serta keberkatan ini,
marilah sama-sama kita
memujuk hati kita untuk bertakwa kepada
Allah swt, iaitu
dengan berusaha
bersungguh-sungguh mematuhi kesemua
ajaran agama Allah, melaksanakan
semua yang disuruh dan
meninggalkan kesemua yang dilarang semoga kita
tergolong dari hambanya
yang dijanjikan beroleh rahmat
serta pengampunanNya dan dibalas
dengan SyurgaNya, di Akhirat
sana, Amin.
Muslimin yang
dirahmati Allah.
Musim
Haji menjelma lagi. Ianya
mengembalikan kenangan kita kepada sejarah hampir 5,000
tahun yang lampau
iaitu kisah Nabi Allah Ibrahim
a.s, bapa para Nabi.
Beliau telah menghabiskan
seluruh umurnya untuk
mengabdikan diri dan berkorban
kepada Allah. Beliau telah berpindah
dari satu negeri
ke satu negeri dari
Mesopotamia sampai ke Palestin lalu terus ke Mesir
dan akhirnya menetap di tanah
suci Makkatul Mukarromah. Baginda
telah menempa sejarah
yang sangat luhur
yang terus bersemadi
di hati umat manusia
selama bumi ini
disinari oleh bulan dan mentari.
Nabi
Allah Ibrahim as. telah diperintahkan Allah untuk meninggalkan Isterinya
Siti Hajar bersama
Puteranya Ismail yang
masih kecil di bumi yang tandus, kontang dan sunyi. Dengan
rahmat Allah, terpancarlah,
Air zamzam untuk dijadikan
minuman mereka. Kemudian Nabi
Ibrahim kembali lagi kepada
keluarganya setelah Ismail
remaja, dan beliau telah diperintahkan
oleh Allah untuk menyembelih puteranya
Ismail. Dengan penuh ketaatan Nabi Ibrahim telah melaksanakan segala
perintah itu, lalu Allah menggantikan
Nabi Allah Ismail dengan seekor kibas
yang besar. Untuk meneruskan
pelaksanaan korbannya. Berdasarkan peristiwa
inilah, lahirnya syariat
penyembelihan binatang KORBAN ,
yang mana hukumnya adalah Sunnat
Muakkad kepada umat
Nabi Muhammad saw. Sebagai salah satu bentuk pengabdian
yang boleh menghampirkan diri setiap hamba kepada Allah SWT. Sebagaimana
Firman Allah dalamk surat Al- Haj 37
Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada
Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan
taqwa dari kamu.
Kemudiannya
Allah telah mengangkat Ismail menjadi
Nabi , dan Allah memerintahkan Nabi
Ibrahim membina Kaabah, lalu dibinanya bersama
puteranya Nabi Ismail a.s.
Sidang Jumaat
yang berbahagia.
Begitulahlah amal-amal
Ibadah dan kebajikan-kebajikan umat terdahulu yang terus segar
di kalbu setiap Umat Islam
terutamanya sewaktu menunaikan
Ibadah Fardhu Haji. Segala yang
diperintahkan oleh Allah
dipatuhi dan dilaksanakan
dengan rasa tawaduk,
ikhlas dan rendah diri
kepada Allah. Segala amalan-amalan haji
itu samada yang rukun, fardhu
dan sunat hendaklah dilaksanakan
dengan bersungguh-sungguh. Kesemuanya dilaksanakan dengan penuh pengharapan semoga
mendapat rahmat, keampunan dan
keredhaan daripada Allah swt dan yang
penting ibadah hajinya
diterima Allah dengan
mendapat Haji Mabrur
yang mana Allah menjanjikannya dengan balasan Syurga.
Hadirin yang
dirahmati Allah.
Dalam hal
ini Imam Al-Ghazali menyatakan
bahawa dengan mengerjakan
ibadah haji, seorang
mukmin akan merasai
kerinduan yang sangat
mendalam kepada Allah, mereka menjadi tetamu Allah datang ke
baitullah. Mereka dengan
rela hati telah meninggalkan
segala yang mereka sayang termasuk kampung
halaman, keluarga,
sanak-saudara, harta-benda dan
sahabat-handai dengan menempuh perjalanan yang jauh, semata-mata untuk
mengabdikan diri kepada Allah SWT. Menurut sejarah,
ibadah haji adalah
satu-satunya ibadah yang
telah sekian lama
diamalkan oleh umat
manusia , sebagai amalan yang
menghubungkan jiwa seorang hamba
dengan Tuhannya. Kemudian
ianya disyariatkan kepada
junjungan kita Rasulullah saw
dan umatnya lalu
seruan dan panggilan
ini disambut dan
dijawab oleh umat
Islam dengan laungan
Talbiah,
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ،لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ
لَكَ لَبَّيْكَ، اِنَّ الْحَمْدَ، وَالنِّعْمَةَ،
لَكَ وَالْمُلْكُ, لاَ شَرِيْكَ لَكَ
“Wahai Tuhan
kami, Wahai Tuhan
kami, kami datang
semata-mata dengan ikrar penuh
taat-setia menjunjung perintahMu. Wahai
Tuhan yang tiada sekutu
bagiMu, kami datang menyahut seruanMu,
sesungguhnya segala puji serta
segala limpahan rahmat adalah
milikMu, yang datang
dariMu dan hanya untuk Mu, Ya
Allah, Engkaulah Tuhanku
tiada sekutu bagiMu.
Saudaraku
yang dikasihi Allah,
Setiap bakal
haji mengharapkan agar dikurniakan oleh
Allah Haji yang Mabrur iaitu
haji yang menghapuskan segala dosa-dosanya, menambahkan iman dan takwanya, menjadikannya istiqamah
dengan amal-amal soleh,
menghalangnya dari mengulangi
kerja-kerja mungkar dan maksiat. Lidah dan hatinya akan menjadikannya banyak berzikir, tidak lagi bercakap perkara-perkara
lagho yang tidak berfaedah. Orang yang mendapat Haji yang Mabrur akan
menjadikan masjid dan surau sebagai
tempat yang dicintainya, majlis ilmu
menjadi hiburan baginya, Al-Quran akan menjadi teman setianya. Begitulah
tingginya nilai Haji yang
Mabrur yang dijanjikan
oleh Allah swt kepada
setiap orang mukmin
yang menjadi harapan
setiap mereka yang
dikurniakan taufik hidayah
dari Allah swt. Sabda Rasulullah
saw:
اَلْعُمْرَةُ اِلىَ الْعُمْرَةِ
كَفَارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ اِلاَّ
الْجَنَّةَ- البخاري والمسلم
Ibadah
umrah ke satu umrah, menghapuskan
dosa-dosa yang berlaku di antara
keduanya dan Haji Mabrur itu tidak ada balasan baginya kecuali syurga.
Ummul
mukminin, Saidatina Aisyah r.a,
pernah bertanya kepada
Rasulullah saw, apakah
ibadah yang paling
utama? baginda menjawab:
“sebaik-baik jihad itu,
ibadah haji yang
mabrur”. Dalam sebuah
hadis riwayat Abu Yu’la,
dari Abu Hurairah
r.a, Baginda Rasulullah Saw
bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang
meninggalkan rumahnya untuk
menunaikan Haji, lalu meninggal
dalam perjalanan nya, Allah
menulis pahalanya sehingga
ke Hari Qiamat dan sesiapa
yang berangkat untuk
mengerjakan umrah, lalu
ia meninggal dalam
perjalanannya maka pahala
umrahnya tetap sampai
pada hari Qiamat
dan sesiapa yang
keluar untuk perang
fisabilillah, lalu ia
meninggal dalam perjalanannya maka pahala jihadnya
ditulis pada Hari
Qiamat”.
Mafhum
hadis-hadis di atas, memberi penilaian
yang sama mengenai
pahala ibadah haji dan umrah, dengan pahala berjihad
Fisabilillah.
Muslimin yang
dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah
hari ini, saya ingin
menyeru dan mengingatkan dua perkara:
Pertama :
Bagi
mereka yang belum berkesempatan menunaikan
haji, agar berniat, berazam serta berusahalah dari sekarang untuk
menyimpan dan mengumpulkan sebanyak mungkin wang bagi keperluan atau perbelanjaan untuk
menunaikan ibadah haji
ke Baitullah, sekaligus menyempurnakan tuntutan rukun Islam..
Kedua :
Bagi mereka
yang telah berkemampuan serta
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, diingatkan agar tidak mencipta
alasan atau bertangguh untuk menunaikan ibadah tersebut. Ada kedengaran
suara-suara sumbang yang mengatakan:
“belum sampai seru” apabila ditanya kepada mereka yang berkemampuan. Dalam hal
ini, Saidina Ali Karamallahu wajhah
meriwayatkan, Baginda Rasulullah
saw bersabda:
عَنْ عَلِيْ رَضِىَ اللهُ
عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَلَكَ زَادًا وَرَاحِلَةً تُبَلِّغُهُ اِلَىْ بَيْتِ اللهِ
الْحَرَامِ وَلَمْ يَحُجَّ فَلاَعَلَيْهِ اَنْ يَمُوْتَ يَهُوْدِياًّ
اَوْ نَصْرَاِنيًّا وَذَلِكَ اِنَّ
اللهَ يَقُوْلُ فِيْ كِتاَبِهِ وَلِلَّهُ
عَلَى النَّاسِ حِجُّ
الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ اِلَيْهِ
سَبِيْلاً
“Barangsiapa yang telah mempunyai
bekalan untuk perjalanan menyampaikannya ke Baitullahilharam untuk menunaikan haji
tetapi ia menangguh-nangguh dan
melambat-lambatkan dari menunaikan
ibadah hajinya, tiba-tiba
ia mati sebelum
menunaikan hajinya maka matinya
sama dengan mati nya
kafir Yahudi dan
kafir Nasrani. Untuk
menegaskan lagi pentingnya Ibadah
haji ini, Rasulullah
saw, membacakan firman
Allah swt, yang bermaksud:
menunaikan ibadah Haji
itu adalah wajib
dan difardhukan oleh
Allah swt kepada setiap
orang mukmin yang
mampu dan cukup syarat-syaratnya.(Hadis Riwayat
At-Tirmizi)
Firman Allah :
“Masa untuk mengerjakan Ibadah
Haji itu ialah
beberapa bulan yang
tertentu (iaitu bermula
1 Syawal, berakhir
apabila terbit Fajar hari ke 10,
Zulhijjah). Oleh yang
demikian, sesiapa yang
telah mewajibkan dirinya, dengan
niat mengerjakan ibadah
haji itu, maka
tidak boleh mencampuri
isteri dan tidak
boleh membuat maksiat
dan tidak boleh
bertengkar dalam masa mengerjakan ibadah
haji. Dan
apa jua kebaikan
yang kamu kerjakan
adalah diketahui oleh
Allah, dan hendaklah
kamu membawa bekal
dengan secukupnya kerana
sesungguhnya, sebaik-baik bekal
itu ialah memelihara diri
dari keaiban dengan
meminta sedekah, dan
bertakwalah kepadaKu, wahai orang-orang
yang berakal yang dapat memiki dan
memahaminya.” (Al-Baqarah ayat 197).
Kita
berdoa semoga saudara kita yang
menunaikan haji pada tahun ini diberikan
kekuatan, kelantaran dan kesehatan
sehingga dapat menunaikan ibadah haji
dengan sempurna, Dan begitu juga saudara-saudara kita
yang berniat melakukan ibadah kurban, semoga Allah memudahkan rezeki
mereka dan menggantinya dengan yang lebih,
dan semoga Allah menjadikan kita semua
menjadi hambanya yang sentiasa menghampirkan diri kepada Allah sesuai dengan semangat ibadah haji dan kurban
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ
وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ
وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ
هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا
فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ
No comments:
Post a Comment