Friday, August 24, 2007

Sekelumit Makna Merdeka

Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Friday, 24 August 2007


Penjajahan sebuah Negara berlaku apabila Negara tersebut dikuasai oleh orang asing. Islam tidak membenarkan negeri umat Islam dijajah dan dikuasai oleh orang yang kufur kerana ia memberi ruang untuk orang yang kufur kepada Allah memerintah dengan cara yang tidak diizinkan oleh Allah dan seterusnya mengenepikan hokum-hakam dan peraturan Islam. Kesannya membawa kepada berlakunya kezaliman dan lenyapnya keadilan di kalangan manusia.
Menurut kamus dewan, kemerdekaan bererti bebas daripada penjajahan. Bagi Islam kemerdekaan negara bererti kemampuan Negara itu untuk memiliki kuasa yang membolehkan untuk mentadbir sendiri. Dengan kekuasaan itu mereka mampu mentadbir negeri menurut hokum-hakam Allah. Justeru, apabila kuasa dimiliki oleh umat Islam tetapi pemerintahan masih lagi bertunjangkan peraturan yang tidak Islam maka umat itu belum dikira merdeka sepenuhnya.Sebuah Negara yang merdeka mempunyai tanggungjawab untuk mengisi kemerdekaan.
Tanggungjawab umat merdeka disebut oleh Allah dalam ayat 41 surah al-Haj
الذين إن مكناهم في الأرض أقاموا الصلاة و آتوا الزكاة و أمروا بالمعروف و نهوا عن المنكر و لله عاقبة الأمور
Maksudnya: “Mereka yang sekiranya kami berikan kekuasaan kepada mereka di muka bumi, mereka menegakkan solat, menunaikan zakat dan menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkarn. Dan hanya milik Allah kesudahan segala urusan.”

No comments: