Assalamu alaikum warahmatullah,
Bermula dengan penguasaan Arab di Gontor, berkesinambungan dengan menghafaz ayat-ayat pilihan untuk ditafsirkan secara mudah di kelas-kelas awal di KMI, diperluas dengan mengenali kitab-kitab tafsir seperti al-Qurtubu, Ibnu Kathir, tafsir saintifik al-Jawahir, bahkan sempat membelek2 az-Zamakhsyari, dilanjutkan dengan kajian agak teliti ke atas Tafsir yang lebih moden al-Maraghi telah menanamkan minat yang sangat mendalam untuk menyelami rahsia kemukjizatan al-Quran yang menakjubkana itu.
Terngiang-ngiang ungkapan baginda "Rubba qari wal-Quranu yal'anuhu" ( Alangkah ramainya pembaca al-Quran sedangkan al-Quran itu melaknatnya ). Ia membuatkan sedikit surut daripada melebih-lebihkan berta'amul dan bertafa'ul dengan al-Quran dari aspek tilawah dan tarannumnya.
Penglibatanku sebagai Penyelia KAFA pada awal 1990an telah memberi peluang kepadaku untuk mencermati satu lagi sisi al-Quran iaitu Ilm Rasm atau secara spesifiknya Rasm Uthmani. Rujukan demi rujukan yang kulakukan ke atas kitab-kitab muktabar tentang rasm membuatku semakin kagum dengan al-Quran. Bahkan kursus demi kursus yang melibatkan aku sebagai fasilitatornya berhasil memaksaku untuk membuat lambakan rekod pembacaan al-Quran yang melibatkan contoh-contoh ayat yang perlu diperhatikan untuk mempraktikkan rasm Uthmani.
Sejarah penghasilan mushaf-mushaf standard Uthmani membuatku semakin kagum dan yakin betapa Allah telah menunaikan janji-Nya untuk memelihara al-Quran dari keusilan tangan manusia. Rasm Uthmani umpama sistem proteksi al-Quran yang unik unuk mengesan penjarahan manusia ke atas teks suci itu. Subhanallah.
Satu sisi yang hampir sepuluh tahun tak berapa kuberi perhatian adalah aspek qiraat dan tarannum al-Quran. Penglibatank secara mendadak dalam 2 bulan terakhir ternyata berbuah nikmat yang tak pernah kutemui sebelum ini.
Mungkin inilah rahsia terserlah dari kecundangan awalku ku di tangan sahabat karibk semasa mengikuti perujian tilawah di peringkat organisasi. Kecenderungan sahabatku untuk mewakili organisasi lain memberi ruang kepadaku untuk mewakili organisasi kami dalam kategori tilawah bertarannum. Jarak masa sebulan untuk bersaing dengan para qari berpengalaman di Melaka ( Zon Pantai Barat PETRONAS) bukanlah cukup panjang untuk seseorang yang tidak pernah begitu serious menekuni tarannum. Mereka terdiri daripada para qari yang pernah kudengar bahkan kukagumi bacaan mereka.
Satu-satunya sumber untuk mempelajari tarannum al-Quran sebagai persiapan adalah bacaan-bacaan Ust Radzi Kamarul Hailan ( Johan Antarabangsa 2000 & 2004 ). Sayangnya aku tak kenal banyak lagu yang beliau gunakan. Aku belum lagi dapat mempraktikkannya dalam ayat-ayat lain.
Persinggahanku di Masjsid Muhibddin Ipoh seperti memberiku peluang menemui bahan bimbingan yang lebih relevan apabila kutemui di luar Masjid itu 2 DVD yang terbaru UstRadzi yang dapat kujadikan panduan untuk mengenal lagu-lagu Bayati, Soba, Hijaz, Nahwand, Rast, Sikah dan Jiharkah.
Usaha gigih menggunakan sebanyak mungkin masa membiasakan aku dengan qit'ah-qit'ah setiap lagu yang dicontohkan oleh UstRadzi telah membolehkan aku menguasai sekurang-kurangnya lagu asas dari DVD tersebut. Bahkan masa tidur pun gunakan untuk mendengar rakaman yang telah kubuat. Ini baru dikatakan makan tilawah, minum tilawah, berjalan tilawah, tidur pun tilawah.
Dengan takdir Allah, aku berjaya menjuarai Zon Pantai Barat, mengalahkan mereka yang dahul kukagumi. Tapi kejayaan yang sangat tipis itu mengajarku untuk lebih gigih lagi mendalami rahsia-rahsia tarannum al-Quran.
Peluang menyertai Seminar Tarannum Antarabangsa di Kelantan pada awal Ogos semakin membatku terkagum-kagum dengan keindahan seni yang dihasilkan dari berta'amul dengan al-Quran. Sheikh Fathi Hasan al-Malji, murid kepada seorang qari legenda Mesir , Sheikh Mustafa Ismail berjaya menyerlahkan lagi keindahan al-Quran dari sudutseni suara. Al-Quran bukan hanya dibaca dengan lahjah Arab secara lughawi tetapi juga diperindah dengan lahjah tarannum Arab yang berkembang bersama dengan penyebaran seninya ke merata dunia. Penjelasan Sheikh Fathi tentang ilmu al-Maqamat berjaya mendedahkanku kepada asas tarannum yang sepatutnya diguna untuk mempersembahkan al-Quran dalam bentuknya yang terbaik kepada pendengarnya.
Persediaan akhir untuk bersaing dengan juara2 Zon PETRONAS memaksaku untuk bekerja lebih gigih memandangkan tarannum bukanlah sisi al-Quran yang selama ini kupandang serious. Bahkan apabila ak mengenali qari-dari dari Pantai Timur dan Johan Menunggu yang kedua-duanya pernah mengalahkan Johan PETRONAS seperti Ust Mohd Nor dan Safree (Labuan), targetku yang tertinggi hanyalah mendapat tempat yang ketiga.
Membaca sebagai peserta lelaki terakhir pada malam 27 Ogos 2007 di Tkt41 Twin Tower, memberiku sedikit tekanan kerana aku amat berharap penantian mempersembahkan hasil pencarianku selama ini berakhir lebih awal. Bacaan yang dipersembahkan terasa meyakinkan sehingga ke lampu kuning. Ak pun tidak tahu bagaimana di saat akhir aku boleh terlanggar baris dalam Surah Yusuf yang suduh berulang kali kubaca menyebabkan aku panik. Kesilapan baris yang pertama diikti pula dengan kesilapan yang kedua tepat sebelum menutup bacaan. Timing yang sudah lari itu juga menyebabkan lagu tak sempat tutup dengan Bayati. Pengalaman sebagai Hakim Tilawah memberitahuku bahawa sudah kehilangan 6 markah dari kesilapan itu sahaja ( 2 fasahah, 2 tajwid dan 2 tarannum ). Sudah terbayang olehku kalau aku berjaya menduduki tempat ke-3 pun sudah cukup bagus . Dan ... benar ia menjadi kenyataan. Aku gagal menduduki tempat yang ketiga pun. Hikmahnya ? Ak perlu menelusuri lebih jauh untuk menyelami rahsia keindahan kalam ilahi ini.
No comments:
Post a Comment