Monday, June 19, 2006

Kekeliruan Mereka yang Menganggap Ulama Keliru tentang Pluralisme

Polemik tentang 'pluralisme' pada pandangan Islam, saya percaya, akan berterusan untuk beberapa ketika. Golongan akademik seperti Chandra Muzaffar memberi reaksi agak tajam ke atas kenyataan Mufti Perak berpunca dari tanggapan secara rambang beliau ke atas kenyataan Mufti Perak yang disiarkan oleh "The Star" 14 Jun, 2006. Tulisan beliau bertajuk "Pluralisme Pada Islam" dalam "Utusan Malaysia" 19 Jun 2006, memaparkan bahawa beliau dengan nada tertanya-tanya sinis ,"Apakah maksud pluralisme dalam kamus mufti?" jelas sekali menampakkan penilaian yang amat dangkal tentang apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Mufti Perak. Nampak sedikit gaya memperlekehkan tahap pengetahuan para Mufti yang disangka tidaklah seilmiah mereka yang berpangkal nama "Dr".

Huraian lanjut beliau mengenai konteks pluralisme yang beliau fahami dalam artikel itu tidak sedikit pun menunjukkan bahawa beliau ada usaha untuk membuat penilaian secara objektif berdasarkan kertas kerja dan perbincangan sebenar di dalam Muzakarah Ulama tersebut. Sebagai seorang tokoh cendikiawan yang berwibawa, kegopohan beliau membuat andaian yang begitu pintas justeru menurunkan kredibiliti beliau dan menjadikan 'nama besar' beliau sebagai alat tunggangan oleh mereka yang berkepentingan untuk melanyak para ulama sahaja.

Ulasan beliau tentang takrif pluralisme semakin mengesahkan bahawa beliau memang sedikit pun tidak ada usaha merujuk kembali kepada takrif pluralisme yang dibincangkan di dalam Muzakarah tersebut. Kertas kerja Dr Anis Malik Thoha dengan jelas memperincikan bahawa pluralisme yang dibincangkan di sini adalah pluralisme agama. Dr Anis Malik memetik takrif daripada seorang ahli falsafah dan teologis Kristen, Prof John Hick, seorang ahli falsafah dan telogis Kristian yang dikenali sangat gigih memperjuangkan fahaman pluralisme tersebut seperti berikut :

"Stated philosophically ... pluralism is the view that the great world faiths embody different perceptions and conceptions of, and correspondingly different responses to, the Real or the Ultimate from within the major variant cultural ways of being human; and that within each of them the transformation of human existence from self-centredness to Reality centredness is manifestly taking place -- and taking place, so far as human observation can tell, to much the same extent."

Dr Anis menyimpulkan dari takrif di atas bahawa golongan pluralis berpegang pada fahaman bahawa tidak ada perbezaan yang mendasar antara semua agama di dunia. Pada pendapat mereka berlakunya perbezaan antara pemeluk agama-agama yang ada hanyalah gambaran kepada perbezaan cara mereka memberi respons kepada 'kebenaran yang tunggal". Mereka menolak mana-mana pegangan penganut agama yang berkeyakinan bahawa kebenaran tunggal dan keselamatan seseorang pada kehidupan berikutnya secara ekslusif hanya diperolehi melalui agama dia. Kenyataan ini dengan sendirinya telah meletakkan diri mereka sendiri pada posisi untuk menetapkan apakah kebenaran yang tunggal yang dimaksudkan. Posisi mereka tersebut sebenarnya adalah ancaman kepada semua agama termasuklah Islam.

"Truth claim" adalah adalah sifat semulajadi dan asas yang paling mendasar yang ada semua agama.Kenyataan adanya dakwaan suatu agama itu berkontradiksi dengan agama lain adalah suatu hakikat yang tidak dapat ditolak. Contohnya, kepercayaan bahawa Jesus ( Isa a.s. menurut ajaran Islam ) diyakini sebagai 'anak Tuhan' adalah bercanggah sama sekali dengan akidah Islam bahawa Tuhan tidak beranak dan Isa adalah salah seorang dari rangkaian para Rasul yang diutus oleh Allah. Hakikat bahawa agama yang berbeza berpegang kepada kepercayaan yang saling tidak menyetujui antara satu sama lain dalam persoalan teologi adalah gambaran kepada 'plurality'. Islam tidak menolak hakikat 'plurality' atau kepelbagaian keyakinan dalam persoalan ketuhanan. Sifat saling tidak setujui antara mana-mana agama ini adalah mustahil untuk dipaksakan menjadi satu nilai yang saling bersetuju. Fahaman pluralisme agama secara tak disedari telah menjadikan pendukungnya beranggapan bahawa merekalah yang berhak menentukan piawai kepada 'kebenaran mutlak'. Dengan menempati posisi itu, mereka beranggapan bahawa mereka berhak untuk menentukan elemen apakah di dalam setiap agama boleh diterima atau ditolak. Mereka menjadi 'host culture' yang melihat agama lain sebagai penumpang belaka. Jika fahaman pluralisme ini dipaksakan ke atas mana-mana agama, maka sifat jatidiri agama itu sendiri akan hilang. Bahkan agama itu sendiri hanya tinggal nama sahaja.

Memetik dari sumber lain fahaman liberalisme digambarkan sebagai ".....religious pluralism holds that no single religion can claim absolute authority to teach absolute truth.The word of God is not literal religion. On the contrary, religion attempts to describe God's utterances. Given the finite and fallible nature of human beings, no religious text written by Man can absolutely describe God, God's will, or God's counsel, since it is God apart from Man who reveals the divine thoughts, intentions and volition perfectly.
" ( Wikipedia ).


Adakah benar andaian Chandra dan puak-puak yang sealiran dengannya bahawa kenyataan Datuk Mufti tentang pluralisme ini mengelirukan ? Chandra mungkin memahami konteks pluralisme ingin memahami pluralisme seperti apa yang dimaksudkan. Justeru kenyataan Chandra yang menggambarkan bahwa Mufti keliru itu yang sebenarnya mengelirukan masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam posisi para Mufti yang sentiasa dianggap sebagai penerima gaji kerajaan ini, membuat kenyataan secara terbuka tentang isu yang sudah dimaklumi akan membuat para pembesar kerajaan duduk tidak selesa bukanlah suatu langkah yang boleh dibuat secata sambil lewa. Kalaulah bukan atas sebab kerisauan kepada nasib umat, adalah lebih baik mereka melupakan sahaja menyuarakan pandangan yang akan menggugat kepentingan peribadi mereka.

Sebelum muzakarah berkenaan, Datuk Mufti Perak telah membangkitkan isu ini dalam banyak pertemuan di mana beliau telah menghuraikan secara terperinci tentang fahaman pluralisme ini berdasarkan pengertian yang memang sudah established dari pelbagai karya ilimiah oleh tokoh-tokoh pluralis itu sendiri. Huraian terperinci beliau mengenai pluralisme agama tidak sedikitpun menunjukkan bahawa beliau keliru memahami pluralisme seperti andaian para pengkritik.

Kerisauan beliau diperkukuhkan lagi dengan semakin longgarnya pegangan hidup masyarakat Melayu/Islam yang semakin tidak peduli apa kesan tindakan mereka mengabaikan nilai-nilai murni agama. Yang lebih parah lagi adalah orang Islam kita rela berbuat apa sahaja untuk mencapai tujuan berhibur termasuklah mengubah cara mereka memahami agama. Jika pegangan agama tidak serasi dengan kehendak nafsu mereka, bukan mereka yang perlu berubah. Sebaliknya agama atau cara memahami agama itulah yang mereka rasa patut berubah supaya apa sahaja cara hidup mereka tidak dipandang bercanggah dengan agama.

Islam memperakui hakikat plurality atau dengan kata lain diversity dalam umat manusia beragama. Sifat ekslusif Islam ini tidak sama sekali menafikan hak untuk wujud bagi agama lain :

"Dan Kami turunkan kepadamu Kitab (Al-Qur'an) dengan membawa kebenaran, untuk membenarkan Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk mengawasinya. Maka berhukumlah di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi setiap umat di antaramu, Kami tetapkan satu Syariat dan jalan yang terang. Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia jadikan kamu satu umat, tetapi Ia hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu. Oleh itu berlumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahumu apa yang kamu berselisihan padanya." (Sura al-Maidah : 58)



Isu merayakan hari kebesaran agama lain oleh umat Islam ( bukan terhad kepada kongsi raya atau deepa raya )seringkali menonjolkan garis batas budaya yang semakin inklusif. Garis perbezaan antara pelbagai anutan akan semakin tipis yang akhirnya akan lahirlah masyarakat yang sebenarnya tidak lagi mengenal batas agamanya sendiri kerana toleransi yang berlebihan terhadap kepercayaan lain. Keadaan ini mungkin dianggap ideal dari segi teori tapi pada hakikatnya akan menghakis jatidiri semua agama. Bukankah lebih baik kita menghormati wujud agama masing-masing dengan identitinya tersendiri tanpa perlu kita melibatkan diri ikut meraikan. Meraikan kepercayaan lain pada pandangan Islam seolah-olah mengakui kebenarannya. Kita juga tidak perlu merasa tidak selesa kalau orang lain tidak ikut meraikan kepercayaan kita. Jika perpaduanlah yang hendak kita tonjolkan, sebaiknya ia tidak menyentuh tentang kepercayaan. Selain daripada amalan agama, masih terdapat lebih banyak 'venue' lain yang dapat kita manfaatkan tanpa menyentuh isu perbezaan kepercayaan. Contohnya penglibatan dalam perniagaan, kejiranan, pendidikan, rekreasi, keselamatan yang semuanya ada contoh daripada Rasulullah. Tidak pernah terdapat contoh Rasulullah mengajak umat Islam meraikan hari perayaan agama lain. Bahkan sebaliknya Rasulullah menekankan pentingnya umat Islam membesarkan dua 'ied' ( Aidil fitri & Adil Adhda) untuk membezakan kita daripada amalan agama lain sebagai cara membesarkan nama Allah.

Perayaan yang diraikan bersama diperingkat tertinggi kerajaan seringkali dibaca secara berbeza oleh anak-anak Melayu dan merembes ke amalan kepercayaan yang lebih essensial dalam agama tersebut. Bukan lagi satu keanehan di pasaraya-pasaraya, bahkan juga para pengara Melayu di kaca TV , menampilkan anak-anak Melayu menggunakan topi Santa Claus sebagai tanda bertoleransi. Pada mereka ini mungkin hanya main-main. Tidak mustahil pada masa akan datang mereka lagi memandang aneh meniru-niru amalan-amalan ibadah agama lain dan menganggapnya tidak ada apa-apa kerana hanya main-main sahaja. Yang sudah tidak menghairankan lagi, alasan meraikan hari kebesaran pelbagai agama ini justeru menjadi tempat selamat mereka untuk berhibur tanpa batas.

Berbalik kepada persoalan pluralisme dalam masyarakat kita. Para pemikir seperti Chandra memang bermaksud membawa perubahan yang diharapkan kepada masyarakat Islam. Mengikut andaian mereka umat Islam yang tidak bersedia berubah sampai ke peringkat yang mengorbankan elemen yang fundamental dalam agama mereka akan menjadi orang Islam tersisih dan sukar diterima. Dalam masa yang sama adakah orang Islam yang kehilangan identiti ke-Islaman atas sebab bertoleransi sehingga terbabas akidah juga akan diterima baik oleh orang bukan Islam? Tidak mustahil para pengaku muslim yang tidak jelas pegangannya bahkan mudah berubah akan lebih berbahaya.

Adakah muslim yang berpegang secara kukuh pada jatidirinya akan menjadikan Islam itu ditakuti oleh agama lain ? Adakah dengan mengambil sikap ekslusif dalam beragama, maka orang Islam akan mengancam orang lain ? Untuk menjawab persoalan ini, saya tertarik dengan beberapa petikan di dalam wikipedia tentang sikap Islam terhadap religious pluralisme itu sendiri seperti berikut :

Nevertheless, Muslims hold that for someone to worship other any other gods or deities (shirk (polytheism))is a sin that will lead to eternal separation from God. This also applies to Christians believing in the Trinity of God (Sura 5, verses 72-74)

This view does not always translate to religious intolerance. Islam in theory has guaranteed freedom of belief and freedom of worship from the time of Muhammad himself, at least for Christians and Jews who accept Muslim rule. Non-Muslim minorities living under Muslim rule were guaranteed certain freedoms and protections, under the dhimmi system.


Despite the common allegation that Islam spread by the sword, in reality, forced conversions of adherents of other religions is not sanctioned by Islam, and was not common throughout Islamic history. Muslim rule spread through conquest, however, and this indirectly coerced many to convert to Islam. In other words, war was waged to put lands under Muslim rule, but the subjects were theoreticaly free to continue practice whatever religion they chose.

Religious persecution is also not sanctioned by Islam, although a few occurrences are known in history, but are mostly due to cruel rulers, or general economic hardships in the societies they are in.

To that effect, most pre-Islamic religious minorities continue to exist in their native countries, a fact which is in glaring contrast to the extinction of Muslim minorities in Europe at the time of the Renaissance.






Bacaan Tambahan :

posted by Roslan SMS

Trend menyerang ulamak

Satu ketika dahulu saya masih ingat ketika seorang pemimpin PAS yang berstatus ulamak mengeluarkan pandangannya, kalangan pimpinan Umno dan kerajaan ketika itu mendakwa dalam Malaysia cuma Mufti sahaja yang dibenarkan memberi atau membuat fatwa.

Seolah-olah menunjukkan pada kita bagi kerajaan dan Umno, Mufti lah authority ataupun institusi yang berwibawa mengeluarkan pandangan berhubung perkara-perkara melibatkan agama dalam negara.

Hari ini kita lihat perakuan itu sudah tidak dipakai lagi.

Ini ekoran sebuah majlis Muzakarah Ulamak 2006 yang diadakan di Ipoh, Perak baru-baru ini. Muzakarah bertemakan Pemurnian Islam Dari Liberalisme Dan Pluralisme yang dihadiri oleh lebih 180 orang peserta itu kini dikecam oleh banyak pihak termasuk kalangan para Menteri kabinet dan yang bukan Islam.

Muzakarah yang diresmikan oleh Raja Muda Perak itu telah menyaksikan pembentangan tiga kertas kerja iaitu:

Pemurnian Islam Dari Liberalisme dan Pluralisme oleh Mufti Perak

Menangani Implikasi Fahaman Pluralisme Agama oleh Profesor Madya Dr. Anis Malik Thoha dari UIAM

Sumber Liberalisasi Pemikiran Islam: Kes Al-Quran oleh Ustaz Adnin Armas M.A. dari Institute for The Study of Islamic Thought and Civilization

Muzakarah tersebut telah membuat rumusan ataupun resolusi yang antaranya termasuklah meminta umat Islam agar prihatin terhadap fahaman pluralisme dan liberalisme yang dianggap sebagai mengancam akidah umat Islam.

Lanjutan dari itulah maka Mufti Perak selaku tuan rumah memohon agar pihak kerajaan MENGKAJI SEMULA perayaan KONGSIRAYA yang diadakan demi memelihara aqidah umat Islam.

Kalau saya tak silap Mufti Perak itu tidak meminta diharamkan KONGSI RAYA (beliau pernah meminta diharamkan KONSERT SUREHEBOH tapi tak dipedulikan pun) Cuma minta dikaji semula. Malah mengikut kenyataan TPM Najib Tun Razak memorandum dari Muzakarah tersebut pun belum diterimanya lagi, tiba-tiba pihak-pihak tertentu mengeluarkan kenyataan menyerang Mufti dan para peserta Muzakarah itu.

Akhbar THE STAR sehingga sanggup mengambil inisiatif menganjurkan undian samada pembacanya menyokong ataupun tidak pandangan Mufti itu sehingga digembar-gemburkan di akhbarnya hari ini bahawa 88 peratus pembacanya menentang pandangan Mufti itu!

TV3 pula semalam menyiarkan pandangan tokoh liberal Dr Chandra Muzaffar yang menolak pandangan Mufti itu. Sedih seorang intelek setaraf beliau boleh mengeluarkan kenyataan tanpa pun melihat resolusi yang diluluskan oleh Muzakarah itu.

Kemudian seorang penulis (Melayu/Islan) dalam akhbar THE STAR telah bertindak lebih proaktif lagi sehingga membuat andaian terhadap apa yang dinayatakan oleh Mufti itu, dari beberapa kerat kenyataan beliau telah menokok-tambah sehingga berjaya mencetuskan kemarahan rakyat terhadap institusi Mufti.

Dalam artikelnya Is our faith that fragile, Rose Ismail menulis:

WHY should attending a Kongsi Raya celebration make me a murtad (apostate)?

Sadly, his comment does not reflect well on Muslims. It seems to suggest that our faith in God is so fundamentally fragile that, on the slightest pretext, we can be persuaded to jump ship

Saya sendiri masih menunggu-nunggu kenyataan penuh dari Mufti Perak itu, tetapi saya pasti ramai dikalangan kita telah melompat sebelum pun disuruh berbuat demikian. Kita ghairah mengeluarkan pandangan biar pun yang melibatkan bab agama sedangkan belum tentu kita adalah ahlinya.

Tanpa kita sedari inilah contoh perangkap liberalisme yang mahu diketengahkan oleh muzakarah ini. Liberalisme yang dimaksudkan adalah kebebasan semua pihak menyatakan berkenaan dengan Islam seolah ianya setaraf dengan ideologi ciptaan manusia. Bahana liberalisme seumpama ini termasuklah menuntut agar al Quran diberi penfasiran semula kerana kononnya tafsir tradisional yang ada sebagai literal dan tidak mengambil kira konteks

Islam Liberal jenis ini mahu Islam diacu menurut peredaran zaman dan bukannya zaman yang diacu menurut Islam.

Kemudian ditokok pula dengan pluralisme. Pluralisme yang dimaksudkan adalah semua agama adalah sama dan setaraf. Maknanya bukan saja perlu ada kepelbagaian anutan agama, tetapi semua agama adalah setaraf dan perlu dilayan sama. Bukan itu saja, sikap pluralisme juga menuntut supaya dalam Islam, wajar dibenarkan lahir pelbagai fahaman dan tidak tertakluk kepada pengiktirafan institusi-institusi agama atau ulama.

KONGSIRAYA yang timbul dalam isu ini bagi saya sekadar melahirkan kebimbangan para peserta Muzakarah. Iaitu dalam hal merayakan perayaan agama lain.

Harus diingat ada diantara perayaan di Malaysia tidak melibatkan keagamaan contohnya Tahun Baru Cina. Mungkin yang dimaksudkan itu adalah perayaan Krismas dan Deepavali contohnya, perlu ada garispanduan, kerana bukankah tugas para ulamak adalah untuk mengawasi dan memelihara aqidah umat Islam.

Inilah yang saya percaya mahu diutarakan oleh Mufti Perak itu tetapi belum pun sempat beliau membuat penjelasan beliau telah diserang oleh semua pihak.

Dan saya melihat trend menyerang dan memperlekeh serta merendah-rendahkan institusi ulamak dan Islam itui sendiri semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Umno selaku tunggak perwakilan Melayu/Islam dalam kerajaan bukan sekadar tidak mampu berbuat apa-apa malah kalangan pimpinan mereka pun turut sama menghamburkan serangan sebagaimana puak-puak jahil yang lain.


posted by Roslan SMS 11:41:00 AM|Comments (17)|

No comments: