Friday, August 18, 2006

Perangkap Murtad

Mail yang saya terima ini sengaja disiarkan tanpa apa-apa penyuntingan.


Forwarded message ----------
From: Wan Munirah

Risaulah sal anak2 nie.... Fobia nak lepas.

AWAS PERANGKAP- ANAK2 ISLAM

Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti
satu sessi "Ceramah Keibubapaan" di sekolah menengah agama berasrama penuh
dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang
pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi
penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM,
UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam.

Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan
oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat
diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"

PERANCANGAN
Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang
lain,pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah
lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai
sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah
berjaya menjadikan "Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk
menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan
yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak
kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah
kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk
dijadikan mangsa.

MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat
untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta
diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam
untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan
digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan.
Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah,sasaran utama mereka kini
adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang
mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka
akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada
melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran
tetangga.

Kemudian,mereka akan berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan
kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis
kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah
"Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?",
"Didalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang
begitu berakhlak",
"Saya tertarik dengan tingkah laku awak".
"Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi"

Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka
hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila sijejaka mula
menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP
Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran
mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur,ikhlas,
bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum
serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang
persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para
ibubapa.

Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan
cinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan
"langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila sigadis didapatinya mula
terleka,mereka akan digambarkan
seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis
TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA
Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau
seterusnya. Sebab bagi sejejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar
mengena apabila sigadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, sijejaka
akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Sejejaka kononnya akan
bertanggungjawap diatas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita
melarang kita
menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan
agama"

Seterusnya kata sijejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya
sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.
Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai
balasan dosa.
Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana
mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama.
Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan
agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya"

Kata sijejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya
perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa.
Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan
dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala dosa.
Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan
Jesus (Nabi Isa)yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap
awak senasib dengan Mary (Mariam)yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita
pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita"

Untuk makluman semua,mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka
memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis
mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa
perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD
Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang
lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua
walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa
disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan
permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11
Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya
mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan
Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1
juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah
sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan
mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan
sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan
diterima.........hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita
tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu
(23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah
semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka,
marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini
tidak terus melanda agama dan negara.

DOA
"Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita
bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi
mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di
Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.
Amin......Ya Rabbil A'lamin.

No comments: