Diri yang tiada upaya ini tiada rasa sungkan berkhayal menyelami kedalaman lautan nikmat berkasih dengan Zat yang dari-Nya sumber segala kasih padahal sehingga semalam seperti juga setiap hari sepanjang puluhan tahun jurang antara diri dan Khaliqnya tiada ketara menyusut lantaran kekeruhan pandang mata hati tiada kunjung bening terhadang antara kebingitan ria buana
Diri yang tiada daya menggapai purna harga diri tiada pilihan melainkan pasrah mutlaq meruntuh segenap tembok kepongahan mencari ruang menyepi bersimpuh meluluh diri mencari wajah Agung Zat-Nya kerana hanya Dia empunya janji tidak diragui padahal sehingga fajar tadi imbas noda kelmarin tiada tampak menyisih lantaran azam beralih tuju tiada cukup pandu
Lalu beralahlah daya diri berangan tiada tahu sempadan berharap tiada sokong asa merintih walau sedar pasti menerjang terus menerjang dinding kebongkakan tiada kunjung rebah
Tapi kuinsafi bukan diri ini tiada kuasa bukan aral itu tiada retak bukan cahaya-Nya tiada menyelinap bukan sirna nikmat dunia tiada teruzlah bukan janji indah-Nya tiada menggugah
Lalai atau ingat adalah pilihan diri sekecil zarrah pun kedekatan pada-Nya seseni elektron pun kejauhan dari-Nya tiada kan lenyap bersama kelenyapan masa di Mahsyar jua pasti tiada sedikitpun sulit dan sukar sepanjang mana pun untaian kisah hayat diri terpapar ia kan pasti terpapar hanya yang pasti pada rahmat-Nya jua bercagar pada amal kerdil harga terpacak harapan dalam tenggelam keringat dihisab jua di mizan berhujung pada penyerahan catatan diri terhulur pada kanan diri terserlah hijab wajah-Nya menjemput ke gerbang Jannah
coretan : irhamni laman masjid cahaya
|
No comments:
Post a Comment